Assalamualaikum Tuan/Puan yang budiman,
Bayangkan, rumah anda masih berdiri tegak. Tiang masih kukuh. Tapi anda tak boleh masuk.
Sebabnya? Lumpur setinggi paras dada yang dibawa banjir tempoh hari, kini dah mengeras macam batu di dalam ruang tamu, bilik tidur, dan dapur.
"Pak Cik, Ada Beras Tak?"
Dah lebih 2 bulan mereka tinggal dalam khemah sementara. Panas lit-lit waktu siang, sejuk mencengkam waktu malam.
Team awal NGO Akademi Ibnu Rush baru sahaja pulang dari tinjauan. Apa yang paling meruntun jiwa kami bukan melihat rumah yang rosak, tapi melihat mata anak-anak kecil di sana.
"Mereka terus datang mengerumuni kami. Ingatkan nak minta duit atau gula-gula. Rupa-rupanya mereka tanya... 'Ada bawa beras tak? Kami lapar.'"
Ramadhan Dah Dekat! Takkan Kita Nak Biar Mereka Berpuasa Lapar?
Sekolah dah tak ada. Pendidikan anak-anak terjejas teruk. Tanah tak boleh dikorek sebab bila hujan, lumpur masuk semula. Mereka buntu.
Sekarang, Ramadhan bakal menjelma. Hati saya luluh memikirkan... macam mana mereka nak bersahur? Macam mana mereka nak berbuka? Adakah hanya dengan air kosong di dalam khemah usang?
KAMI KESUNTUKAN MASA
Team Misi Kemanusiaan Akademi Ibnu Rush akan berlepas pada:
Kami perlukan dana segera untuk pembelian terus di sana.
Apa Solusi & Misi Fasa 1 Ini?
Kami tak bawa barang dari sini (kos tinggi). Kami bawa TUNAI.
- Beli Beras & Makanan: Terus beli di pekan terdekat di Aceh.
- JV dengan Orang Kampung: Kami ada wakil tempatan yang amanah untuk agihan.
- Sasaran RM50,000: Untuk menampung keperluan mendesak sebelum puasa.