Misi Kecemasan Pasca Banjir Aceh - NGO Ibn Rushd
Kempen Infaq Beras: Misi Kecemasan

"Dah 2 bulan mereka tidur dalam khemah, anak-anak pula menangis minta beras..."

Bayangkan perasaan kita sebagai ibu bapa, apabila anak kecil menarik baju kita dan berkata, "Ayah, lapar... nak nasi," tetapi kita hanya mampu memandang lumpur yang sudah mengeras di dalam rumah.

Itulah realiti saudara kita di Aceh sekarang.

Keadaan Banjir

*Gambar hiasan situasi banjir

1. Keadaan Yang Semakin Menyesakkan

Walaupun banjir sudah surut, penderitaan mereka belum berakhir.

  • Rumah Tak Boleh Didiami

    Lumpur setebal beberapa kaki sudah mengeras. Mereka terpaksa berkhemah di luar lebih 2 bulan.

  • Tanah Tak Boleh Dikorek

    Usaha membersihkan rumah sia-sia kerana setiap kali hujan, lumpur baru masuk semula.

  • Anak-Anak Kelaparan

    Pasukan awal kami tiba di sana disambut dengan permintaan sayu daripada anak-anak kecil—mereka cuma mahu BERAS.

  • Pendidikan Terhenti

    Sekolah sudah tiada. Anak-anak ini terbiar tanpa bimbingan ilmu.

2. Ramadhan Dah Dekat, Kita Nak Mereka Berbuka Dengan Apa?

Beberapa minggu lagi kita akan menyambut bulan mulia. Kita mungkin sibuk memikirkan menu berbuka, namun mereka di Aceh masih memikirkan mana nak cari segenggam beras untuk mengalas perut yang kosong.

NGO Ibn Rushd tidak boleh berdiam diri.

Kami akan berlepas pada Rabu depan untuk membawa bantuan fasa pertama.

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Setiap ringgit yang anda hulurkan adalah sinar harapan buat mereka. NGO Ibn Rushd komited akan menghantar laporan penuh kepada semua penderma selepas misi selesai sebagai tanda amanah kami.

"Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta."

— HR. Muslim

Mari kita bantu mereka kenyang sebelum Ramadhan tiba.
Harapan mereka ada pada tangan kita.

© 2024 NGO Ibn Rushd. All rights reserved.

misi bantuan acheh

misi bantuan acheh

Item Qty Amount
set 1
RM 30.00
Qty
RM 0.00
set 2
RM 50.00
Qty
RM 0.00
set 3
RM 100.00
Qty (100 available)
RM 0.00
Payment Method (Select one option)

Pay with online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam GO and more banks from Malaysia via FPX.

Pay with Malaysia online banking & e-wallet (Grab, Setel, Boost, Touch n Go and more) via DuitNow QR.

Subtotal: RM 0.00
Total Amount: RM 0.00

Please enter your desired amount above.

Your payment is secured & encrypted
| |
© 2026 AKADEMI JIWA HAMBA
202203131611 (NS0269714-H)